Tempat Menarik Hulu Selangor | Mandi Manda di Sungai Pertak. - Fatihah Fazlin

Ahad, 18 Oktober 2015

Tempat Menarik Hulu Selangor | Mandi Manda di Sungai Pertak.

Assalamualaikum..

Tempat Menarik Hulu Selangor | Mandi Manda di Sungai Pertak. 


Dah lama tak merasa mandi sungai. Huhuhu. Masa lepak kat Taman Millenium hari tu, kitaorang decide nak pergi mandi air terjun. Tapi blur. Tak tahu tempatmya kat mana. Google sikit.. Yang terdekat katanya di kampung Pertak. Apalagi.. kitaorang terus ke sana. 

Tak jauh pun dari KKB.. Kg Pertak ni yang nik tahu perkampungan orang asli moden. Sampai je kat sana... nik terkejut. Punyalah ramai manusia yang datang. Kereta bersusun tepi jalan sepanjang sungai tu.. kami terpaksa cari parking jauh. 

Airnya boleh nik kata jernih jugaklah. Nampak bersih. The best part is sepanjang sungai ni ada port-port menarik kalau nak berkelah.. 



Seronok sangat weh dapat mandi sungai. Takde air terjun yang tinggi tu pun takpelah. Hahahha. Ni pun dah cukup seronok dah. Dapat berendam dalam air sejam dua.. sampai kecut jari. 

Selfie dengan air yang mengalir itu wajib ! Alangkah indahnya kalau ada gopro. Huaaaa.. apasal la benda tu mahal sangat. Kalau seratus dia ambo beli dah... boleh selfie dalam air. Hahhaa.

Over excited wei.. Mandi tempat cetek je. Ambo takut tempat dalam. Sebab tak pandai berenang.


Kerusi macam ni dah lama tak jumpa. Lama tak masuk dusun.


Masa nak balik tu.. kitaorang dah bukan kat tempat asal. Dari hilir sungai kitaorang naik sampai ke atas. Hahhaha. Takdelah atas sangat pun. Sebab dah penat..bercampur sejuk.. naik je jumpa pondok ni. Pondok orang asal sini kot. Banyak. Siap ada tempat nak masak apa semua. Tapi.... ada dogg! Nik manusia paling fobia dengan anjing ni. Sebab dah hampir kena kejar tak lama dulu. Anjing sini macam jinak. Tapi tetap takut! 


Alahai.. suka sangat dengar deruan air kat sini. Kehijauan pokok kat kiri kanan memang menambahkan keasyikan. Haha. Rasa nak mandi.. dan tak nak balik.Nampak macam takde orang kan.. tapi kat atas nun penuh lagi. 


Next destination Lata Medang pulak. Lalala. Kat situ baru ada port air terjun. Tapi lata tu kena jalan jauh lagi. Sampai di sungai pertak ni.. park kereta then jalan dalam 2 jam lagi.. mampukah? Insyaallah.. Kalau sihat tubuh badan sampailah nik kat sana. 

1 ulasan:

  1. waaaa... bestnya. Hari tu nak mandi sungai kawan cancel. sedey...

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard