Ahad, 4 Oktober 2015

Beberapa tempat menarik di Bukit Fraser !

Assalamualaikum korang.

Stay indoor please. Jerebu kuat giler sampai ke hulu selangor boleh rasa. And nik salah satu mangsa.. batuk dah dua tiga hari. Makin teruk. Tekak ni perit dah !

Oh. Macam cerita nik kat entry lepas ; jalan-jalan di Fraser Hill , nik janji nak cerita moreee pasal tempat ni kan. So here we are. Tempat ni best sebab nyaman ! Sejuk ! Nik dah jatuh cinta ! Masa ni pergi Fraser Hill ni lebih sejuk dari kundasang . Yehaaaa. Mungkin sebab masa tu baru lepas hujan.
Nik dari kuala kubu bharu nak naik kesini tak sampai 2 jam rasanya. Kejap je. Bila dah lepasi jalan curam, korang akan sampai ke puncak Fraser Hills ni. Which is bila sampai je korang akan jumpa mercu tanda Fraser Hills. Menara jam kan orang panggil.  Tunggu turn nak ambil gambar kat sini. Ada pelancong korea masa tu.

Eh sebelum tu korang akan terlihat sebelah kanan Klinik Desa Bukit Fraser. Hoho. Kecik je. Tapi binaan dia menarik hatiku.. Kebanyakkan bangunan kat sini memang macam ni. English Style.. ada kaitan dengan sejarah. Nik malas nak menggoogle. So apa kata korang p google sat. Hahaha


Kat sebelah depan menara jam tu pulak ada tempat ni. Restoren mahai ni rasanya. So nik tak singgah pun.. Tengok dari luar je. Dekorasi dia memang menarik !

 Pergi depan sikot dari restoren tu akan nampak view ni. Padang apa tak taulah. Kerusi tu cantik .

Lepas tu, nik tak tau nak jalan-jalan kat mana dah. Blur.. apa lagi eh tembat best kat Bukit Fraser ni?  Apa lagi.. Google la. Bila dah google.. jumpa dengan entry sifu HH. So dah dapat idea kat situ. Nik cari arah nak ke Taman Flora Bukit Fraser. Wuwuww...

Kat sini banyak bunga dan sayuran ditanam. Nak masuk free of charge je. Tak yah bayar apa-apa pun. Best kan. Actually banyak pokok bunga dan sayuran lain yang di taman kat Taman Flora ni. Cuma nik lupa nak snap. Excited sangat nak petik buah strawberry.. hahaha. Eh jap.. sebiji dua je nik petik, sebab malas. Yang lain semua penjaga tempat ni petik. Tu nampak kepala dia kat bawah tu...

This is mine. RM10 je okey. Nik rasa sangatlah murah dan berbaloi. Sebab biasanya kalau beli kat pasaraya mahal giler... tak sangup nak beli..  kat sini buah pun segar. 

Pusing punya pusing... nik jumpa dengan tempat kat bawah ni. Cantik kan bangunan dia. Nik berkenann...Tempat ni macam food court kalau tak silap nik. Sebab tengok dari jaih je. Lepas tu ada kedai yang jual cenderamata. Tapi nik tak singgah pun. Niat datang sini memang sekadar nak jalan-jalan.. 


Lepastu.. sebelahnya ada taman permainan kanak-kanak. Taman ni bersih sangat. So kalau yang bawak anak-anak tak perlu risau.. boleh bawak dorang bermain kat sini. 


Anyone nak pergi Bukit Fraser? Nik cadangkan korang jangan batalkan niat kirang tu. Sebab kat sini udaranya nyaman. Sangat digalakkan kalau korang ni jenis yang suka kepada nature dan sewaktu dengannya. Pasangan honeymoon pun highly recomended. Ada beberapa guesst house dan hotel kat sini nik perasan. 

Sebenarnya ada beberapa tempat lagi yang nik singgah.. tapi malas nak update panjang. So nanti berkelapanganlah ye. Lagi sekali nik tekankan... Bukit Fraser akan jadi best kalau korang yang jenis suka tempat yang segar..nyaman.. dan mendamaikan.. serta jauh dari kesibukan kota.  Peace...



8 ulasan:

  1. bestnye..tak penah lagi g bukit fraser..

    BalasPadam
  2. Bestnya..pagi tadi baru je tengok chef memasak di bukit fraser..
    Bila la nak boleh sampai sana nie..

    Follow blog AlongMisuari

    Artikel TERBARU AM
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1K Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
    Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)

    HOT ITEM..
    LeoRa For Men
    LeoRa For Women

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    BalasPadam
  3. Bestnya. . dh lama tak singgah sana . .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. dah pernah sampai ye.. kira okey dah tu. Nik ni first time.

      Padam
  4. bestnyaaa. bilalah kite dapat pergi sana. hehe. teringin sangattt

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.